Advertisements
“Kamu Tidak Boleh Buat Saya Begini” – Kim Pan-gon
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon tidak gemar dengan tindakan segintir pihak yang sering bersorak ketika menang dan mengutuk ketika kalah.

Menerusi perkongsian selepas tamat perlawanan, pengendali kelahiran Korea Selatan itu melakukan tugas yang hebat selepas berjaya mengikat negara kelahirannya dengan keputusan 3-3.

Sebelum itu, dalam dua perlawanan terdahulu, Pan-gk. menerima kritikan hebat selepas skuad kebangsaan tewas menentang Jordan dan Bahrain.

Beliau tidak mahu aura negatif menyelubungi kem negara dan pihak luar terus menekan posisinya.

“Semalam kamu memukul (mengkritik) saya tetapi hari ini kamu tanya bagaimana saya boleh memotivasikan pemain pada separuh masa.”

“Ini adalah perkara yang kami sering lakukan. Kami di sini ibarat satu keluarga. Saya sering katakan bahawa kami memerlukan servis terbaik kepada pemain, suasana yang baik dan ini kerja kami (memotivasikan pemain).”

“Kamu tidak boleh buat begini, semalam kamu mengkritik saya dan hari ini kamu memuji,” jelasnya kepada Astro Arena.

Skuad kebangsaan memperoleh tambahan +12.29 mata FIFA untuk melonjak tiga tangga ke kedudukan 132 dunia ketika ini.

Ujian seterusnya menanti Malaysia apabila bakal kembali bersaing di pentas Kelayakan Piala Dunia 2026 pada bulan Mac nanti.

Video: Malaysia vs Korea Selatan