Advertisements
Kapten Perak Digantung Berdepan JDT
Piala Malaysia
MakanBola
Perak FC

Perak FC bakal berdepan tugas sukar bila turun menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dalam aksi kedua separuh akhir Piala Malaysia 2023 malam ini.

Ini kerana kapten mereka, Luciano Guaycochea tidak dapat diturunkan kerana menjalani penggantungan perlawanan.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi semasa mengikuti sesi latihan skuad Seladang semalam.

Pemain tengah Argentina itu menjadi tonggak utama The Bos Gaurus dengan merekodkan 17 penampilan dalam semua kejohanan Liga Malaysia (Liga M).

Mengikut statistik Transfermarkt, Guaycochea menjaringkan enam gol dan empat bantuan gol dalam tempoh berkenaan.

Selain Guaycochea, The Bos Gaurus juga dijangka tempang tanpa Firdaus Saiyadi. Sementara tahap kecergasan Wan Zack Haikal pula akan dipantau sebelum perlawanan.

Bagi jurulatih Perak, Yusri Che Lah, perkembangan ini sedikit sebanyak merencatkan perancangan beliau untuk perlawanan malam ini.

“Sudah tentu ketiadaan Lucho (Guaycochea) amat saya rasai. Tapi walau bagaimanapun, kita cuba rancang (strategi) yang terbaik tanpa kehadiran beliau,” katanya kepada TBG TV.

Perak perlu meraih kemenangan besar ke atas JDT bagi mengatasi kelebihan agregat 4-1 dan layak ke final.