Kata-kata Semangat Shin Tae-yong Ini Buat Rakyat Indonesia Rasa Malu
Dunia
pssi tv
Advertisements

Ketua jurulatih Timnas Indonesia, Shin Tae-yong memberi kata-kata nasihat kepada barisan pemain Indonesia yang kelihatan murung seusai tamat latihan ringan di Kuwait City menjelang saingan kelayakan Piala Asia 2023.

Jurulatih Korea Selatan itu mahu para pemain Indonesia kembali bangkit dari kesedihan yang di alami untuk meneruskan perjuangan yang baru sahaja bermula. 

Jelas Shin Tae-yong, beliau menegaskan semula misi asal Timnas Indonesia iaitu menjadi juara kumpulan. 

Advertisements

“Kamu kena fikir baik-baik. Kita datang jauh ke sini dengan kapal terbang. Penat terbang, tapi rasa sedih macam ni,” kata Shin Tae-yong dipetik di saluran YouTube PSSI.

“Bukankah kita sepatutnya menjadi nombor satu dalam kumpulan? Jika berada di ranking pertama, kita boleh pulang ke Indonesia dengan senyuman gembira.

Jurulatih berusia 50 tahun itu mahu barisan pemain berjuang habis-habisan di atas padang.

Advertisements

Beliau optimis setiap pemain yang dipilih ini akan mampu mempamerkan persembahan terbaik agar tidak pulang dengan keadaan hampa. 

“Kalau kita jatuh macam mana?  Pasti akan kecewa dan penat.  Kalau kita pulang dalam keadaan sebegitu, kita pasti penat juga,” kata Shin Tae-yong.

Segelintir netizen Indonesia menyifatkan bahawa perkara ini tidak patut berlaku sebagai seorang pemain bola sepak professional terutamanya pemain yang bermain untuk negara.

Advertisements

Pasukan kebangsaan Indonesia berada dalam Kumpulan A bersama Kuwait, Jordan dan Nepal. Ianya tugas berat buat Timnas Indonesia, namun tiada yang mustahil.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram