Advertising
Katsuhito Kinoshi Pertaruh Strategi Berbeza Hadapi Sri Pahang
MakanBola
Selangor FC

Pengendali Selangor FC, Katsuhito Kinoshi bakal mempertaruh strategi berbeza bila menentang Sri Pahang FC.

Aksi kedua pusingan 16 terbaik Unifi Piala Malaysia menentang Sri Pahang pada 1 Disember 2024 merupakan aksi pertama Kinoshi menentang kelab Liga Super.

Ad

Aksi tersebut menyaksikan Selangor tersingkir apabila tewas 2-1 di tangan Tok Gajah. Penalti Manuel Hidalgo dan Sergio Aguero memastikan Sri Pahang mara ke suku akhir.

Ad

Kinoshi mengakui aksi itu berlangsung tatkala beliau baru saja tiba di Malaysia untuk melatih Merah Kuning. Justeru, tempoh awal itu menyaksikan barisan pemain bukan saja memahami falsafah dan strategi permainan yang diterapkan beliau.

Malah, tempoh tersebut turut memberi ruang kepada Kinoshi untuk memahami saingan Liga Malaysia (Liga M). Atas sebab itu, jurulatih Jepun berusia 60 tahun itu memaklumkan Sri Pahang bakal berdepan cabaran berbeza daripada anak buahnya kali ini.

Ad

“Kali terakhir kita berdepan Sri Pahang, saya tiba di sini saya fikir kurang daripada seminggu. Sekarang, saya berada di sini selama dua bulan sejak saya tiba.

Ad

“Jadi, saya faham mereka (pemain-pemain) cuba memahami falsafah (permainan) saya. Dan saya cuba memahami gaya permainan mereka. Saya harap aksi kali ini lebih baik,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan Selangor-Sri Pahang.

Ad

Kinoshi turut menghela nafas lega kerana bek tengah Harimau Malaya, Harith Haiqal Adam Afkar kembali menjalani latihan. Sebelum ini, beliau terpaksa berehat kerana mengalami kecederaan.

“Harith Haiqal sudah kembali menyertai latihan penuh. Tapi saya tak boleh cakap beliau akan bermain atau di bangku simpanan. Tetapi beliau sudah pulih,” ujarnya.

Selangor bakal berdepan Sri Pahang FC di Stadium MBPJ pada 8 Februari ini. Merah Kuning berharap dapat mengulangi kejayaan membelasah lawan sama yang dilakar dalam saingan Piala FA 2023.

Selangor menyumbat empat gol menerusi Mukhairi Ajmal Mahadi, Faisal Halim dan Brendan Gan dalam aksi yang berlangsung pada 15 April 2023.