Kawasaki Frontale Makin Hilang Punca, Tewas Kepada Kyoto Sanga FC
Dunia
Kawasaki Frontale
Advertisements

Pasukan gergasi Liga Jepun, Kawasaki Frontale terus dilanda badai apabila gagal memenangi perlawanan dua kali berturut-turut.

Mereka yang sebelum ini gah mengungguli tangga teratas saingan liga turun dalam misi untuk merampas semula takhta daripada Kashima Antlers.

Jurulatih pasukan Kawasaki Frontale, Toru Oniki membariskan kesebelasan terbaiknya dalam usaha untuk memungut tiga mata penuh.

Advertisements

Sungguhpun menguasai sebahagian besar perlawanan ini, mereka tetap gagal untuk membenam cabaran Kyoto Sanga FC sekaligus terlepas 3 mata.

Gol tunggal perlawanan hadir apabila pertahanan kiri pasukan, Asahi Sasaki gagal mengawal keadaan dengan baik sekaligus memaksanya untuk menjaringkan gol ke gawang sendiri.

Jentera serangan Kawasaki Frontale yang diketuai oleh Leandro Damiao gagal memanfaatkan peluang sungguhpun berjaya mencatat 11 percubaan ke arah gawang tuan rumah.

Advertisements

Hasilnya, mereka kini hanya mencatat 2 kemenangan daripada 5 perlawanan terakhir sekaligus memaksa mereka jatuh ke tangga ketiga ketika ini.

Mereka sudah pasti mahu segera bangkit untuk kembali semula mendapat rentak kemenangan bagi memburu kejuaraan domestik.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram