Kebangkitan Wan Zack Haikal Beri Impak Besar Kepada Perak FC
Liga Super
MakanBola
Perak FC
Advertisements

Selepas menjaringkan gol menentang Penang FC pada Rabu lepas, ia dilihat satu kelegaan besar buat pemain sayap Perak FC, Wan Zack Haikal Wan Noor.

Ini kerana selepas bergelut dengan masalah kecederaan, bekas pemain sayap Harimau Malaya itu kembali menunjukkan bisa yang pernah menjadikan namanya disegani satu ketika dahulu.

Advertisements

Antara kecederaan yang pernah dialami Wan Zack ialah kecederaan ACL di mana pemain perlu berehat selama enam bulan hingga setahun bergantung kepada tahap kecederaan yang dialami.

Kecederaan tersebut bukan saja menggugat tempoh permainan beliau semasa bersama kelab Jepun, FC Ryukyu pada 2013. Malah, ini juga mengganggu tempoh permainannya semasa bersama Selangor FC pada 2019.

Advertisements

Jika tidak kerana masalah kecederaan ACL yang dialami, Wan Zack boleh saja menambah 29 penampilan bersama Harimau Malaya dari 2012 hingga 2018.

Justeru, ramai mengharapkan gol pada minit ke-23 ke atas Harimau Kumbang itu dapat menjadi pembakar semangat buat anak jati Maran, Pahang itu.

Advertisements

Ini kerana dengan keyakinan yang diraih selepas ini, Wan Zack bukan saja dapat membantu Perak FC mendaki kedudukan liga. Malah, ini menunjukkan beliau bersedia kembali menghangatkan saingan bola sepak negara selepas tersisih lama akibat kecederaan.

1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
News Comments Account