Advertising
Kecederaan Tak Halang Farkhan Haron Kekalkan Rekod Kebal
UltraSukan
Farkhan Haron

Peninju hebat Malaysia, Farkhan Haron mengakui terpaksa menahan kesakitan ketika merekodkan kemenangan ke-13 ke atas lawannya dari India, Jaskaran Singh.

Perlawanan tersebut merupakan aksi terakhir Johor International Boxing Championship (JIBC) 2025 yang diadakan di Larkin pada 16 Februari lalu.

Ad

Farkhan terus membuktikan dirinya sukar dicabar oleh sesiapa apabila berjaya menewaskan Jaskaran dalam pusingan keempat pertarungan tersebut.

Ad

Meskipun begitu, tidak ramai yang tahu peninju berusia 34 tahun itu menghadapi beberapa kecederaan seperti cakram gelincir (slipped disk) dan tendon putus.

Walaupun terpaksa menahan kesakitan semasa bertarung, ia dilihat berbaloi buat Farkhan kerana menamatkan karier tinjunya dengan 13 kemenangan tanpa kalah.

Ad

“Sebenarnya, saya bertarung dengan penuh kesakitan. Siapa yang rapat dengan saya tahu saya mengalami cakram gelincir sejak bulan Ogos tahun lepas dan dalam fasa pemulihan,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

Ad

“Dan pada masa sama, dua bulan lepas saya mengalami kecederaan yang boleh dikatakan teruk. Tendon di bahagian kiri saya putus dan sedang melalui fasa rawatan di JDT Centre.

Ad

“Dan pada masa yang sama, saya kena teruskan perjuangan, latihan dan segala jenis fasa terakhir saya untuk pertarungan ini. Alhamdulillah, Allah sebaik-baik perancang, saya diberi kelebihan menang 13-0 pada hari ini saya bersyukur.”

Kejayaan ini memastikan Farkhan mengakhiri kariernya sebagai kekal bertakhta selaku juara Asia kategori Bridgerweight Majlis Tinju Dunia (WBC)

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments