Kecederaan Varane, Peluang Buat Maguire Buktikan Siapa Diri Dia Yang Sebenar
Dunia
Man United News
Advertisements

Manchester United mendapat tonik terbaik tepat pada masanya!

Pada ketika kem Red Devils diselubungi kebimbangan berikutan kecederaan dialami tonggak pertahanan, Raphael Varane, kehadiran semula kapten pasukan Harry Maguire membawa khabar gembira yang sekaligus menceriakan penyokong kelab gergasi Liga Perdana Inggeris itu.

Varane dijangka tersisih untuk satu tempoh yang tidak pasti berikutan kecederaan harmstring yang dialami ketika menentang Chelsea pada Ahad lalu, yang turut meresahkan kem Perancis tatkala Piala Dunia akan bermula tidak sampai sebulan daripada sekarang.

Advertisements

“Sejarah menunjukkan nasib tidak menyebelahi Raphael dan kami semua akan merinduinya. Dia berada di tahap terbaik dalam perlawanan sejak saya berada di sini. Sekarang ini, kami hanya perlu menunggu untuk melihat apakah yang berlaku terhadap kecederaannya dan berapa lama tempoh untuknya pulih.

“Namun sebagai satu pasukan, kami akan memberi sepenuh sokongan kepadanya,” kata rakan sepasukan, Christian Eriksen.

Maguire pula tidak dapat diturunkan sejak lebih sebulan lalu oleh Erik Ten Hag, juga kerana kecederaan harmstring yang dialami ketika England seri 3-3 menentang Jerman, namun dia sudah mula menjalani latihan penuh minggu ini.

Advertisements

Ia sekaligus memberi peluang untuk pemain kesayangan Old Trafford itu menonjolkan watak sebenar dan membuktikan siapa dirinya yang sebenar apatah lagi dia juga mahu merebut tempat di dalam skuad Piala Dunia England.

Maguire sedar dia terdesak untuk beraksi, menampilkan prestasi terbaik dan berada dalam kecergasan penuh, untuk memenangi perhatian Gareth Southgate, walaupun ramai yang beranggapan dia adalah ‘anak emas’ pengurus England itu malah merupakan nama pertama dalam senarai pertahanan skuad three lions.

Dengan England mempunyai lambakan pemain pertahanan tengah yang sedang bekerja keras memburu tempat ke Qatar; antaranya Ben White, Fikayo Tomori, Tyrone Mings, Conor Coady, John Stones, Eric Dier dan Mark Guehi; sedikit kesilapan boleh mengakibatkan Maguire mengucapkan selamat tinggal.

Advertisements

Manchester United selepas ada enam perlawanan untuk diharungi sebelum cuti Piala Dunia, iaitu tiga perlawanan EPL, dua perlawanan Europa League dan satu perlawanan English Football League yang perlu dimanfaatkan Maguire jika diturunkan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram