Kedah Adakan Klinik Bacaan Al-Quran Di Stadium Darul Aman

Kedah 6 Kedah Adakan Klinik Bacaan Al-Quran Di Stadium Darul Aman
Kedah Darul Aman
Alif Syazani @SyazaniAlif
9:28am 01/03/2023

Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman mengadakan Klinik Bacaan Al-Quran di Stadium Darul Aman bermula 1 Mac ini.

Klinik ini dibuka kepada penyokong Sang Kenari dengan kerjasama dengan Olive House jenama produk perubatan.

Sesi bimbingan bacaan akan dikendalikan oleh guru-guru terlatih dan sesi tersebut adalah terbuka kepada semua golongan dari permulaan sehingga mahir.

Antara kelebihan lain pula, penyokong yang sertai 10 sesi bimbingan akan mendapat hadiah iaitu percuma satu tiket pada perlawanan Kedah yang ke-11.

Lokasi klinik akan terletak bersebelahan surau Taman Merdeka di Perkarangan Astaka Utama Staidum Darul Aman.

Klinik ini bertujuan untuk memastikan penyokong Sang Kenari dapat memperbetulkan bacaan agar menjadi fasih dalam sebutan ayat Al-Quran.