Kedah Bakal Bebas Sekatan FIFA
Dunia
Kedah Darul Aman
Advertisements

Kedah Darul Aman dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa kelab itu bakal bebas daripada sekatan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Baru-baru ini, tular mengenai sebuah berita yang menyatakan bahawa Sang Kenari merupakan salah sebuah kelab di Liga Malaysia yang dikenakan perpindahan pemain oleh FIFA.

Hal ini susulan pelbagai masalah dalaman termasuklah tunggakan gaji yang melanda pasukan utara tanah air itu.

Advertisements

Walau bagaimanapun, pihak KDA FC menerusi Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)iaitu Shahrul Shamsudin hari ini tampil dengan satu kenyataan untuk memaklumkan bahawa kelab tersebut sudah bebas daripada hukuman badan bola sepak dunia tersebut.

Baru-baru ini, timbul berita dari laman media sosial Asean Football, menyenaraikan KDA FC sebagai antara kelab yang dikenakan sekatan oleh FIFA untuk mendaftar pemain baharu.

“Walaupun berita ini dikeluarkan kepada umum bukan melalui sumber rasmi kelab, Malaysian Football League (MFL) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), isu ini telah memberi imej negatif kepada pentadbiran kelab walaupun telah ditangani dengan sewajarnya dengan pihak yang menuntut.”

Advertisements

“KDA FC mengambil maklum atas notis sekatan perpindahan pemain yang dikenakan FIFA ke atas kelab ini pada 4 Mac 2024.”

Perkara ini dikatakan melibatkan tuntutan yang dilakukan oleh belas pemain import pasukan pada tahun 2020 dan 2021.

“Untuk penjelasan, sekatan oleh FIFA ini melibatkan tuntutan bekas pemain import pasukan Kedah pada musim 2020 dan 2021 yang bersangkutan dengan rekod cukai pendapatan tertunggak pemain import (pihak yang menuntut) bagi tahun tersebut,” jelas Kedah Darul Aman dalam satu kenyataan.

Advertisements

“Walaupun beberapa proses rundingan telah diadakan, berlaku masalah teknikal penyelesaian yang mengakibatkan KDA FC dikenakan hukuman oleh FIFA walhal pemain tersebut telah bebas sepenuhnya dari arahan sekatan perjalanan untuk perjalanan ke luar Malaysia.”

Kedah juga memaklumkan bahawa pihak kelab sudah pun melakukan beberapa siri perbincangan bersama pihak yang terlibat dan mengesahkan bahawa status sekatan perpindahan oleh FIFA telah ditarik balik.

“Isu teknikal ini telah diambil maklum oleh pihak FAM serta MFL yang telah disedari dari awal lagi dan di pihak pengurusan kelab telah mengikuti dengan sewajarnya nasihat serta beberapa siri perbincangan diadakan bersama pihak yang terlibat.”

Advertisements

“Satu kaedah persetujuan telah dicapai hari ini yang mana tuntutan dari pihak yang menuntut telah diselesaikan.”

“Status sekatan perpindahan ini juga akan ditarik balik setelah pihak FIFA menerima maklumat terkini penyelesaian dari pihak menuntut bagi menarik balik sekatan datam masa terdekat seterusnya KDA FC bebas membuat pendaftaran pemain baharu musim 2024/25.”

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram