Kedah Bakal Dapat Pemilik Baru?
Dunia
Advertisements

Kedah Darul Aman FC (KDA) dijangka bakal memiliki pemilik baru dengan kombinasi penaung sekarang dan tambahan individu berketurunan raja seperti yang ditularkan oleh penyokong pasukan Kedah di media sosial.

Kemas kini: Tan Sri Daud Bakar diumumkan secara rasmi sebagai pemilik baru Kedah Darul Aman.

Berdasarkan video yang ditularkan oleh penyokong Kedah, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar kini merupakan pemilik baru Kedah Darul Aman dan penyokong juga mendakwa Raja Muda Kedah & Tunku Mahkota Kedah turut menjadi pemilik bersama kelab utara ini.

Advertisements

Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar sebelum ini dilantik sebagai penaung kelab pada November, 2021 dan beliau telah berjaya membantu proses penstrukturan Kedah sebagai sebuah kelab swasta dengan visi dan misi yang meyakinkan.

Video berdurasi 52 saat itu menunjukkan Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar mengumumkan dirinya sebagai pemilik baru Kedah dan ianya menerima maklum balas positif rata-rata penyokong Kedah yang dahagakan kebangkitan selepas beberapa siri perlawanan yang mengecewakan.

Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar Merupakan Pengasas Dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Amanie. Salah Satu Syarikat utamanya, Amanie Advisors, beroperasi di beberapa bandar utama dunia. Beliau berkhidmat sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Syariah (MPS) Di Bank Pusat Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan, Pusat Kewangan Antarabangsa Astana (AIFC), Kazakhstan, Bank Abu Dhabi Pertama (UAE) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Advertisements

Kedah Darul Aman sebelum ini dimiliki oleh Kedah FA yang sebelum ini berevolusi menjadi kelab (FC) selepas MFL mewajibkan proses penswastaan kelab sebagai syarat perlesenan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram