Kedah Beri ‘Hint’ Syafiq Ahmad Pulang Berbakti
Dunia
Kedah FA
Advertisements

Pemain pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Syafiq Ahmad dikhabarkan pulang semula ke pangkuan kelab lamanya, Kedah Darul Aman FC setelah mencapai persetujuan untuk dipinjamkan ke kelab tersebut.

Bekas penyerang berbisa mereka ini sudah beberapa musim berbakti bersama Harimau Selatan dan pernah menjadi salah satu kunci buat pasukan tersebut. Namun begitu, kehadiran pemain import dan persaingan yang amat sengit untuk mengisi kekosongan jentera serangan pasukan memaksa beliau untuk lebih banyak memanaskan bangku simpanan.

Bukan itu sahaja, pemain berusia 26 tahun ini pernah menyatakan hasrat bahawa beliau ingin beraksi dengan lebih kerap apabila kehilangan tempat kepada penyerang import pasukan, Bergson Da Silva yang beraksi cemerlang musim ini.

Advertisements

Ini sekaligus menguatkan lagi desas-desus beliau bakal keluar meninggalkan pasukan dan menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pasukan, Syafiq merupakan antara salah satu nama yang bakal dilepaskan ke kelab lain untuk mendapat lebih minit permainan.

Namun demikian, pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail menerusi satu kenyataan di laman Twitter rasminya mahu pemain tersebut beraksi di peringkat tertinggi bersama pasukan Kedah dan juga KL City FC yang bakal beraksi di AFC musim hadapan.

Ini sekaligus menguatkan lagi spekulasi setelah pasukan Kedah memuat naik satu video teaser mengenai kepulangan semula pemain yang pernah beraksi bersama kelab tersebut.

Advertisements

Ini juga bakal memantapkan lagi persiapan pasukan yang membawa masuk beberapa muka baharu setelah tonggak utama pasukan telah pun berhijrah ke pasukan baharu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram