Kedah ‘Borong Sakan’ Graduan AMD?
Dunia
Kedah Darul Aman FC / AMD
Advertisements

Pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) telah bertindak awal untuk menyediakan skuad muda terbaik pada musim hadapan apabila mereka dikhabarkan telah mengikat 13 pemain graduan Akademi Mokhtar Dahari (AMD).

Persediaan awal itu dikatakan untuk memberikan kualiti yang lebih baik kepada pasukan Piala Presiden mereka menjelang musim 2023.

Berita itu telah dikongsikan oleh sebuah laman twitter bola sepak, Onefootball.my yang turut memuji tindakan pasukan KDA FC selepas bertindak pantas dalam menyambar pemain-pemain muda berkualiti.

Advertisements

Pada musim ini, pasukan Piala Presiden KDA FC hanya mampu menamatkan saingan di kedudukan kelima daripada enam pasukan yang beraksi dalam Kumpulan A. Mereka mengumpul 13 mata dan dibolosi dengan 15 gol dalam setiap.

Sebelum ini, pasukan Selangor FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) merupakan lubuk utama yang menjadi pilihan buat graduan AMD selepas ramai pemain muda terbaik negara bertindak untuk menyambung karier profesional di kedua-dua kelab gergasi itu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram