Misi Penting Kedah, Jadi Penentu JDT Julang Liga Super
Dunia
Instagram: @kedahdarulamanfc
Advertisements

Pasukan Kedah Darul Aman FC bakal menjadi penentu buat pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjulang kejuaraan Liga Super musim ini apabila mereka dijadualkan bertemu dengan PJ City di Stadium Bandaraya Petaling Jaya malam ini.

Pasukan kendalian Aidil Sharin pastinya ingin mengekalkan rentak kemenangan setelah berjaya menewaskan Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin minggu lalu.

Kini, pasukan Hijau Kuning bakal jadi penentu kepada kejuaraan Liga Super yang sudah ‘satu tangan’ dalam penguasaan JDT yang dilihat bakal berdepan cabaran mudah apabila mereka akan menentang Pahang di Stadium Sultan Ibrahim.

Advertisements

Kemenangan pasukan Kedah ke atas PJ City menjadikan pasukan itu mengumpul 35 mata secara keseluruhannya selepas 17 perlawanan.

Ia sekaligus bakal menagguhkan malam indah pasukan kendalian Benjamin Mora yang perlu mengatasi cabaran Terengganu di Gong Badak terlebih dahulu untuk mengesahkan kejuaraan. Mereka yang mempunyai rekod cemerlang di gelanggang lawan dilihat mampu untuk mengekalkan rentak yang sama ketika berdepan pasukan kendalian Nafuzi Zain.

Namun begitu, jika Kedah tewas kepada PJ City pada malam ini, ia sekaligus bakal menjadikan pasukan Harimau Selatan sebagai juara Liga Super musim 2021 dan bakal menerima penghargaan di gelanggang mereka sendiri di Johor.

Advertisements

Oleh yang demikian , perlawanan Kedah pada malam ini bakal menjadi amat penting dalam usaha pasukan Kedah mengorak langkah untuk memperbaiki kedudukan dalam liga super.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram