Kedah Lancar Jersi Unik Menjelang Piala Malaysia
MakanBola
Kedah Darul Aman FC

Menjelang aksi Piala Malaysia 2023 yang bermula esok, Kedah Darul Aman (KDA) FC melancarkan jersi ketiga mereka yang unik dihasilkan oleh pembuat jersi rasmi pasukan, Lotto.

Jersi baru Sang Kenari ini dianggap unik kerana fabrik poliester yang di mana jersi akan cepat kering sekiranya terkena air. Semua ini dicapai menerusi penggunaan teknologi Deep Dry yang terkini.

Sebagai penghormatan kepada kegemilangan KDA FC satu ketika dahulu, Lotto turut mengintegrasikan kolar bertali retro pada jersi ketiga ini.

Bagi membezakan jersi ketiga Sang Kenari dengan jersi home dan away yang digunakan, Lotto turut memilih warna putih dan maroon (merah manggis). Ini menjadikan pemain kelihatan menonjol bila beraksi di atas padang.

Bagi menjamin kualiti jersi yang dibeli, penyokong KDA FC dinasihatkan untuk tidak mengeringkannya menggunakan mesin pengering.

Sejak dilancarkan di laman media sosial rasmi KDA FC beberapa minit yang lalu, di ruang komen, ramai memuji rekaan dan warna jersi buatan Lotto itu.

Penyokong KDA FC yang berminat mendapatkan jersi ini boleh saja pergi ke kedai rasmi Lotto di Shopee bermula esok.

Penyokong juga mempunyai pilihan mendapatkan jersi ini secara dalam talian di Al-Ikhsan atau laman sesawang KDA FC pada Jumaat.

Bagi yang berminat mendapatkannya secara fizikal, jersi ketiga KDA FC boleh didapati di Al-Ikhsan Sports & Football Republic, Sang Kenari Store dan pengedar-pengedar rasmi yang diiktiraf bermula pada Sabtu ini.