Kedah Mulakan Seruan Luar Biasa Bagi Hadapi Selangor
Liga Super
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Perebutan slot ke pentas asia masih lagi terbuka buat tiga pasukan iaitu di antara Selangor FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Liga Super manakala Terengganu FC pula berpeluang ke pentas asia melalui jalan berbeza iaitu melalui Piala Malaysia.

Namun tumpuan kini lebih terarah kepada Selangor dan Kedah yang kini bersaing sengit bagi menduduki tangga kedua Liga Super.

Kedua-dua pasukan ini akan bertemu pada 2 Disember depan dalam aksi Liga Super yang boleh dikelaskan sebagai aksi penentu bagi menentukan pasukan mana yang layak ke pentas asia musim hadapan.

Advertisements

Perlawanan yang bakal dilangsungkan di Stadium Darul Aman itu dijangka akan dibanjiri penyokong Sang Kenari yang mahu melihat pasukan kesayangan mereka bangkit semula daripada episod duka musim ini.

Di laman sosial Facebook KDA FC, penyokong-penyokong Hijau Kuning telah diseru untuk hadir ke stadium pada 2 Disember dengan dijangkakan 25,000 penyokong menjadi sasaran untuk menjadikan Stadium Darul Aman sebagai lautan Hijau Kuning pada aksi tersebut.

“Aksi seterusnya KDA FC akan menerima kunjungan Selangor FC di Darul Aman. Perlawanan tumpuan Sabtu ini dijangka disambut 25,000 lautan hijau kuning dengan misi mendaki tangga ke-2 #LigaSuper2023 dan memburu slot AFC Champions League 2.

Advertisements

“Ayuh penyokong Hijau Kuning, gemakan sorakan di setiap penjuru stadium!,” laung KDA FC di laman sosial rasmi kelab.

Berbaki dua perlawanan liga, Kedah dan Selangor tidak boleh keciciran sebarang mata untuk menyalakan misi mereka beraksi di pentas asia musim hadapan.

Selangor berada di tangga ke-2 liga buat masa ini dengan mengumpul 55 mata dan diekori rapat Kedah di tangga ketiga dengan mengumpul 53 mata.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram