Kedah Nafi Ada Tunggakan LHDN, Ambil Tindakan Undang-undang
Dunia
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Baru-baru ini tular mengenai isu tunggakan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang membelenggu pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC). Namun pihak pengurusan KDA FC menafikan sekeras-kerasnya pendedahan yang dilakukan wartawan tersebut.

Satu kenyataan telah disiarkan di laman Facebook rasmi pasukan KDA FC melalui Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KDA FC, Khamal Idris Ali.

“KDA FC merujuk satu ciapan oleh pemegang nama ciapan @zulhelmizainal1 (Zulhelmi Zainal Azam) dibuat pada hari ini 10 Oktober 2022, Isnin pada jam 4.33 petang. Beliau dikenali umum sebagai seorang wartawan sukan dari Astro Arena.

Advertisements

“KDA FC menafikan sekeras-kerasnya ciapan beliau dan akan mengambil tindakan selaras dengan undang-undang bagi membersihkan nama dan imej KDA FC. Satu notis tuntutan atas kenyataan fitnah akan diserahkan dalam masa terdekat,” jelas Khamal

Pihak KDA FC menegaskan bahawa sentiasa menjaga kebajikan para pemain dan penyebaran berita tidak benar itu sangat mendukacitakan.

“Pihak KDA FC sentiasa menjaga kebajikan pemain dan sentiasa bertanggungjawab atas semua tanggungan termasuklah pembayaran gaji dan cukai pendapatan.

Advertisements

“KDA FC amat dukacita dengan penyebaran dokumen sulit berkenaan tanpa kebenaran dan rumusan dibuat wartawan tersebut telah memberi persepsi negatif kepada pengurusan kelab serta imej negeri Kedah.

“Penyebaran tanpa kebenaran ini adalah suatu bentuk pengkhianatan dan berniat jahat dan KDA FC akan membuat aduan kepada pihak LHDN dan MFL serta menjalankan siasatan dalaman bagi memastikan dokumen sulit tidak menjadi senjata musuh yang cuba memberi gambaran buruk kepada KDA FC,” luah Khamal lagi.

Untuk rekod, Kedah telah tewas tiga perlawanan terkini Liga Super iaitu kepada Petaling Jaya City FC (PJ City), Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Negeri Sembilan FC. Mereka bakal bertemu JDT sekali lagi pada hari esok di Stadium Sultan Ibrahim.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram