Kedah Perkenal Pas Separuh Musim
Liga Super
KDA FC
Advertisements

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mengambil inisiatif luar biasa apabila memperkenalkan pas bermusim untuk separuh musim Liga Super bagi menggalakkan penyokong untuk memilikinya.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh pemilik majoriti KDA FC, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar dalam satu sidang media sebentar tadi.

Untuk pas bermusim, harga ditawarkan adalah RM150 Zon Terbuka, RM250 Zon Pavilion dan RM380 Zon Grandstand. Kesemua pas bermusim itu hanya melibatkan 12 perlawanan Liga Super sahaja.

Advertisements

“Pas Bermusim Sang Kenari bagi musim 2024/25 akan ditawarkan dengan harga lebih kompetitif dari harga keseluruhan tiket perlawanan di Stadium Darul Aman. Harga ditawarkan adalah RM150 Zon Terbuka, RM250 Zon Pavilion dan RM380 Zon Grandstand melibatkan 12 perlawanan Liga Super sahaja.

“Selain itu, turut ditawarkan pas bermusim dengan kadar untuk 1 musim atau setengah musim bagi menggalakkan lebih ramai penyokong memilikinya.

“Disebalik membudayakan penyokong dengan pembelian pas bermusim, ianya dapat menjimatkan penyokong dari membeli tiket fizikal semasa hari perlawanan yang mana ianya adalah amalan lazim di kelab-kelab luar negara iaitu tiket fizikal hari perlawanan lebih mahal dari harga pas bermusim,” umum Tan Sri Daud dalam sidang media sebentar tadi.

Advertisements

Selain meletakkan pas bermusim dengan harga yang rendah, strategi Kedah yang memperkenalkan pas bermusim untuk separuh musim ini sudah pasti akan menarik minat para penyokong Kedah.

Jika dibuat perkiraan, harga tiket untuk zon terbuka adalah RM20 untuk satu perlawanan dan dijumlahkan untuk 12 perlawanan adalah bersamaan RM240. Namun jika penyokong membeli pas bermusim, mereka hanya perlu membayar RM150 sahaja.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram