Kedah Pujuk Sanusi Agar Kekal Sebagai Presiden
Dunia
Advertisements

Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) ingin memujuk presidennya Sanusi Md Noor agar membatalkan hasrat untuk melepaskan jawatan sebagai Presiden persatuan.

Sanusi sebelum ini ingin melepaskan jawatan tersebut pada 15 Oktober 2020 kepada mereka yang lebih layak dan tindakannya kelihatan sangat gentleman.

Naib Presiden KFA, Khamal Idris berkata Sanusi amat diperlukan Kedah ketika ini.

Advertisements

“Kita faham beliau berdepan tanggungjawab berat selaku Menteri Besar apatah lagi dengan penularan (pandemik) Covid-19 yang tinggi di Kedah berbanding negeri-negeri lain. Namun, untuk berdepan dengan pelbagai cabaran pada masa ini, kita amat memerlukan sokongan beliau sebagai presiden.”

“Insya Allah perkara tersebut akan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif pada 11 Oktober depan,” katanya seperti dilaporkan oleh laman berita Kosmo.

Dalam satu sidang media yang diadakan rabu lalu, Presiden KFA, Sanusi mengumumkan telah menghantar surat perlepasan jawatannya berkuat kuasa pada 15 oktober ini.

Advertisements

Sanusi memilih tarikh berkenaan kerana beliau percaya bahawa tarikh itu merupakan tarikh akhir untuk beliau berkhidmat dan waktu itu Kedah mungkin telah selesai melangsaikan hutang berjumlah RM14 juta.

Ibarat RoBinHood Kedah, Sanusi kelihatan bersahaja dengan perancangannya walaupun kerap dipandang hina oleh penyokong Kedah sendiri.

Sanusi sebelum ini teruk dikecam selepas beliau bertangungjawab dalam pemilihan nama baru pasukan Kedah yang kini dikenali sebagai Darul Aman FC.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram