Kedah Sumbang 10 Peratus Kutipan Tiket Kepada Mangsa Banjir Johor
Inspirasi
Kosmo/ KDA FC
Advertisements

Melihat kepada situasi banjir yang melanda negeri Johor, pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mengambil inisiatif untuk menyumbangkan 10 peratus dari kutipan tiket perlawanan Liga Super (LS3) antara KDA FC dan PDRM FC untuk disalurkan kepada pihak berwajib di Johor.

KDA FC melalui pemiliknya, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar mengumumkan sumbangan tersebut melalui satu muat naik di laman Facebook rasmi kelab itu. Daud meluahkan rasa simpati kepada mangsa banjir di Johor yang dilihat semakin meningkat.

“Simpati dengan nasib mangsa banjir di Johor, KDA FC akan menyumbangkan sebanyak 10 peratus dari kutipan tiket perlawanan LS3 antara KDA FC dan PDRM FC untuk disalurkan kepada pihak berwajib di Johor.

Advertisements

“Ini hari mereka ditimpa musibah, sedikit sebanyak tanda mengingati dan meringankan beban mangsa banjir di Johor. Marilah sama-sama kita mendoakan semua mangsa yang terlibat dengan banjir diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan dalam menempuh musibah banjir ini,” luah pemilik KDA FC itu.

Keadaan banjir di Johor kini semakin meruncing dengan mangsa banjir meningkat setiap hari. Terbaru, 46,742 mangsa daripada 13,552 keluarga di 264 pusat pemindahan sementara (PPS), menurut maklumat terkini oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram