Kedah Teruskan Aksi Pra-Musim Ketika Turki Dilanda Gempa Bumi
Dunia
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Dengan tragedi gempa bumi yang melanda selatan Turkiye, penyokong Kedah pasti merasa bimbang dengan skuad Kenari yang menjalani pra-musim di Antalya bermula hari ini. Bagaimanapun, pengurusan Kedah memberi jaminan anak-anak buah Nafuzi Zain berada dalam keadaan selamat.

Hal ini didedahkan oleh CEO Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Khamal Idris Ali. Ini kerana aspek keselamatan sentiasa menjadi keutamaan untuk program pra-musim Kenari di Antalya.

Ini ditambah dengan fakta lokasi pusat latihan dengan tempat bencana agak jauh sekaligus menunjukkan kemudahan yang digunakan untuk latihan dan perlawanan pra-musim masih selamat.

Advertisements

“Kejadian gempa bumi di Turki adalah di zon yang berbeza dan tidak mengakibatkan jadual pasukan terjejas dan empat perlawanan persahabatan akan berlangsung di Limak Arcadia Sports Center diteruskan seperti perancangan awal.

“Pihak pengurusan bersyukur dan mendoakan semuanya dalam lindungan Ilahi dan mangsa terlibat dengan kejadian tersebut selamat dan dipermudahkan semua urusan.

“Terima kasih dari kami di bumi Turki, teruskan sokongan, doa semuanya selamat dan ikuti perkembangan semasa pasukan Sang Kenari di saluran rasmi kelab,” kata Khamal dalam satu hantaran di Facebook rasmi Kedah.

Advertisements

Hal sama turut dinyatakan Nafuzi menerusi satu video yang dikongsikan oleh wartawan TV3, Syakirah Zulkifly di Twitter.

“Untuk perlawanan dekat sini, semua berjalan dengan lancar Insya Allah. Sebab situasi gempa bumi itu jauh dari kawasan yang kita berada sekarang. Saya rasa tiada apa-apa masalah sekarang.

“Insya Allah, keadaan kita di sini adalah selamat semuanya, baik dari segi pengurusan di sini dari kita sampai hingga ke sekarang ini, semuanya dijaga dengan baik dan elok.

Advertisements

“Insya Allah, semoga semua urusan kita dipermudahkan dan selamat dalam pelbagai segi serta semua perancangan kita tercapai,” katanya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram