Ini carta kedudukan kumpulan H Kelayakan Piala Asia Wanita 2026 selepas tamat kesemua 3 perlawanan yang melibatkan Malaysia dan 3 lagi pasukan.
Pada Sabtu, Malayan Tigress bimbingan Joel Cornelli turun dalam aksi terakhir peringkat kumpulan H berdepan negara di ranking ke-9 dunia yang juga juara Asia 3 kali, Korea Utara.
Pertemuan ini dianggap penting buat pasukan wanita negara selepas hanya kemenangan sahaja bakal membawa Malaysia ke pentas Asia tatkala Korea Utara cuma perlukan keputusan seri.
Misi Malaysia untuk mencipta kejutan ke atas pasukan lawan ini bagaimanapun tidak kesampaian apabila Malayan Tigress terpaksa akur kalah di tangan Korea Utara dengan keputusan 6-0.
Hatrik oleh Kim Kyong Yong di separuh masa kedua selain 3 lagi jaringan oleh Kim Hye Yong, Myong Yu Jong dan Ro Hye Gyong sudah cukup untuk Korea Utara mara ke ke Piala Asia Wanita.
Keputusan pada Sabtu itu turut mengesahkan tempat Korea Utara di tangga pertama kumpulan H Kelayakan Piala Asia Wanita dengan mengumpul 9 mata maksimum dalam 3 aksi.
Manakala, Malayan Tigress pula terpaksa akur meraih 6 mata hasil dua kemenangan awal di peringkat kumpulan lalu malah itu tampaknya tidak cukup untuk membawa Malaysia ke Piala Asia.
Hal ini kerana hanya juara kumpulan bagi saingan kelayakan ini sahaja yang layak ke Piala Asia Wanita dan Malaysia pula sekadar menghuni tangga kedua, 3 mata di belakang Korea Utara.
Dua lagi negara iaitu Tajikistan dan juga Palestin pula bakal mengakhiri aksi di tangga ke-3 dan ke-4 dan bergantung kepada keputusan perlawanan antara kedua-dua pasukan ini nanti.