Kehadiran Ronaldo Ubah Polisi Perpindahan Kelab Arab
Dunia
Al-Nassr FC
Advertisements

Selepas Cristiano Ronaldo menyertai kelab Al-Nassr, ia mengubah arena bola sepak Arab Saudi 360 darjah. Ini termasuk mengubah polisi perpindahan kelab-kelab pesaing mereka untuk memburu pemain yang setaraf dengannya.

Salah satu kelab yang berbuat demikian ialah pemenang Piala Super Arab Saudi, Al-Ittihad. Ironinya, kelab ini juga yang menggagalkan Ronaldo daripada menggondol gelaran pertama di Arab Saudi.

Menurut presiden mereka, Anmar Al-Haili, tiada lagi alasan untuk tidak memburu pemain setaraf Ronaldo, Lionel Messi atau Mohamed Salah selepas Faris Najd berjaya memuktamadkan perjanjian dengan legenda Portugal itu.

Advertisements

“Sekurang-kurangnya kita perlu fikir tentang pemain tahap ini. Sebagai pengikut, penyokong dan pencinta kelab ini, saya tidak akan terima sebarang nama daripada pentadbir kelab dengan tarafnya kurang daripada apa yang dimahukan.

“Kehadiran Cristiano Ronaldo dalam liga ini menjadikan liga lebih menarik dan kami sebagai kelab tidak akan berdepan masalah menarik nama-nama yang dinyatakan, tiada lagi alasan,” katanya dalam temubual bersama Tellerreport.

Tambah Al-Haili lagi, kehadiran pemain-pemain import ini secara tidak langsung membantu pasukan kebangsaan Arab Saudi. Ini kerana ia dapat meningkatkan kualiti pasukan ke tahap yang lebih tinggi.

Advertisements

“Kami dalam fasa membina dan membangunkan bola sepak Arab Saudi secara inklusif. Pasukan ini layak ke Piala Dunia dan menang ke atas Argentina. Saya menjangkakan pasukan ini akan mendapat sokongan hebat pada musim panas nanti,” tambahnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram