Kehilangan Hampir Keseluruhan Skuad, Indonesia Tarik Diri Sertai Piala AFF B-23
MakanBola

Skuad kebangsaan Indonesia bawah 23 tahun sah menarik diri kejohanan Piala AFF Bawah 23 tahun yang dijadualkan berlangsung pada 14-26 Februari 2022 di Kemboja.

Indonesia kehilangan khidmat 7 pemain yang disahkan dijangkiti Covid-19, 1 staff sokongan dan 4 pemain lain yang wajib dikuarantin kerana sebilik dengan pesakit yang dijangkiti.

Selain kehilangan 11 pemain sekaligus, Indonesia juga hilang 3 pemain lain yang mengalami kecederaan menjadikan 14 pemain tidak dapat beraksi.

Perkara yang tidak dijangka ini menyebabkan Ketua Jurulatih Indonesia, Shin Tae-young meminta PSSI menarik diri dari kojohanan ini.

“Dengan sangat menyesal, kami harus membatalkan keikutsertaan Indonesia di Piala AFF U-23 karena alasan di atas. Kami meminta maaf kepada semua pihak karena situasi ini di luar kendali kami. Saat ini kami fokus untuk penyembuhan pemain yang terkena covid-19 dan yang mengalami cedera,” ujar Yunus.

Indonesia sebelum ini diundi dalam kumpulan B bersama-sama Malaysia, Myanmarda Laos.