Kekurangan Pemain Import Jejaskan Kekuatan Negeri Sembilan
Liga Super
Astro Arena
Advertisements

Kekuatan kewangan Negeri Sembilan yang terbatas menyaksikan mereka hanya dapat mengikat khidmat empat pemain import jika dibandingkan pasukan-pasukan Liga Super lain. Dan kini, kekurangan tersebut menjejaskan keupayaan skuad Rusa bersaing termasuk dalam perlawanan suku akhir Piala FA 2023 pada Sabtu lepas.

Hal ini disedari oleh bekas pemain Selangor, Asmawi Bakiri. Dengan Herold Goulon terpaksa berehat panjang akibat kecederaan, pasukan yang dibimbing K. Devan itu tidak dapat memanfaatkan Safuwan Baharudin di bahagian tengah kerana memerlukannya sebagai bek tengah.

Tanpa kelibat orang besi dari Perancis berusia 34 tahun itu di bahagian pertahanan, Negeri Sembilan bergelut. Dan fakta itu dimanfaatkan Merah Kuning menerusi dua gol pemain tengah Venezuela, Yohandry Orozco sekaligus meranapkan impian skuad Rusa ke separuh akhir.

Advertisements

“Ya, betul. Saya setuju. Liga Malaysia ini mulanya kena dapatkan pemain import berkualiti yang boleh bantu pasukan dan pemain tempatan akan bantu pasukan berganding dengan pemain import.

“Jadi, kejadian ini berlaku kepada Negeri Sembilan. Ada sebabnya, betul. Bila (Herold) Goulon tiada, tolak Safuwan merugikan bahagian tengah. Kalau dia duduk di bahagian tengah, dia akan dapat mengimbangi antara pertahanan dengan serangan yang cukup baik,” katanya sebagai panel rancangan bual bicara Nindia di Astro Arena.

Fakta sama turut dibangkitkan Devan dalam sidang media pasca-perlawanan Negeri Sembilan-Selangor pada 27 Mei lalu. Beliau mengakui tanpa penambahan pemain import dalam pasukan, agak sukar untuk melihat Negeri Sembilan mengulangi kedudukan lima teratas seperti yang dicapai mereka musim lepas.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram