Advertisement
Kelab Hatyai Ini Promo Jersi Secara Santai, Tampilkan ‘Lifestyle’ Tempatan Sebagai Tema Utama.
Dunia
MakanBola
Hatyai / Kappa

Beberapa hari yang lalu, sebuah kelab Thai League 3 yang dikenali sebagai Young Singh Hatyai United tampil dengan promo jersi kelab menggunakan tema yang cukup sesuai dengan masyarakat tempatan disana.

Melalui kemaskini laman sosial Facebook rasmi kelab tersebut, mereka telah memuat naik beberapa keping gambar jersi yang cuba menyampaikan mesej penting kepada audiece mereka iaitu jersi kelab Young Singh Hatyai United ini sebenarnya adalah ‘lifestyle’ untuk semua.

Gambar tersebut telah dimuat naik pada hari Jumaat jam 7 pagi dan cuba untuk menarik penduduk Hatyai yang majoritinya beragama islam bagi memakai jersi. Kopiah dan kain pelikat itu mungkin ‘kena’ dengan cara pemakaian muslim yang akan ke masjid dan ini adalah ‘asimilasi’ yang cuba digunakan oleh kelab tersebut.

Mungkin ada perkara yang tidak dipersetujui oleh sesetengah pihak terutama berkaitan dengan logo syarikat arak pada jersi, tetapi cara promosi yang cuba berada ‘setaraf’ dengan penduduk marhaen ini adalah harus dipuji. Tidak perlu menggunakan model-model antarabangsa dalam studio dan sebagainya, asimilasi dengan penduduk setempat dilihat lebih memberikan kesan.

Jersi Young Singh Hatyai United ini dijual pada harga THB790 atau RM98.50 dan boleh didapati dari LINE Shop rasmi mereka.

Kelab-kelab bola sepak Thailand sentiasa tampil dengan idea-idea yang menarik terutama dari sudut pemasaran kreatif yang mungkin boleh kita ambil inspirasi kelab di Malaysia.