Kelab Korea Sambar Khidmat R. Kogileswaran
Dunia
NST
Advertisements

Bekas pemain PJ City, R. Kogileswaran difahamkan akan membuka lembaran baharu bersama salah sebuah kelab yang berpangkalan di Korea.

Destinasi berusia 24 tahun itu mula menjadi tanda tanya selepas beliau meninggalkan pasukan yang secara rasminya tidak akan bersaing dalam Liga Super 2023.

Namun begitu, beliau mula dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa buah kelab yang terletak di Singapura dan juga Thailand.

Advertisements

Walau bagaimanapun, menerusi satu hantaran oleh wartawan, T. Avineshwaran, beliau memaklumkan bahawa Kogi akan menyertai salah sebuah kelab di Korea.

Pengumuman mengenai penyertaan beliau akan dilakukan tidak lama lagi sekaligus mencipta satu lagi fenomena baharu buat pemain Malaysia.

Sebelum ini, terdapat beberapa pemain yang turut beraksi di luar negara antaranya ialah Luqman Hakim Shamsudin di Belgium dan Hadi Fayyadh di Jepun.

Advertisements

Kelab tersebut difahamkan ialah Chungbuk Chungju FC yang beraksi di liga kedua Korea (K. League 2) sekaligus bakal menyaksikan Malaysia berpeluang melihat aksi Kogi di pentas terbaik bola sepak Asia.

Beliau pernah beraksi bersama Pahang sebelum menyertai PJ City dan menjadi watak penting buat pasukan kendalian P.Maniam musim lalu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram