Kelab Ronaldo Buru David de Gea
Asia
Manchester United
Advertisements

Selepas kontraknya tidak diperbaharui oleh Manchester United, penjaga gol David de Gea kini bergelar ejen bebas. Dan disebabkan statusnya itu, penjaga gol Sepanyol itu berpeluang untuk kembali bergandingan dengan Cristiano Ronaldo di kelab Saudi Pro League, Al-Nassr.

Akhbar The Sun melaporkan Al-Alami sedang menimbang sama ada menawarkan kontrak kepada bekas penjaga gol Atletico Madrid itu. Difahamkan Al-Nassr bersedia menawarkan kontrak bernilai £250,000 (RM1.4 juta) seminggu kepada de Gea.

Sekiranya penjaga gol Sepanyol itu menerima tawaran tersebut, beliau akan menyertai ramai bintang antarabangsa yang beraksi di Saudi Pro League musim hadapan.

Advertisements

Antara bintang yang sah beraksi di liga berkenaan untuk musim 2023-2024 ialah Karim Benzema, Edouard Mendy, N’Golo Kante, Kalidou Koulibaly dan Ruben Neves. Tetapi ramai menjangkakan perpindahan ke Arab Saudi sebagai pilihan kedua beliau.

Ini kerana de Gea masih berharap untuk kekal di Old Trafford walaupun gaji yang bakal ditawarkan kurang daripada sebelumnya. United berharap penjaga gol Sepanyol itu menerima klausa berdasarkan penampilan dalam kontrak barunya yang dijangka akan menaikkan pendapatan yang diterimanya.

Bagaimanapun, kedua-dua pihak masih buntu mencari penyelesaian. Dengan de Gea berkahwin dengan tunangnya, Edurne Garcia beberapa hari lepas, Red Devils berharap dapat meneruskan perbincangan selepas ini.

Advertisements

Sekiranya masih gagal juga, pengurus Erik ten Hag dijangka akan memburu penjaga gol baru bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan de Gea.

Penjaga gol Sepanyol itu dijangka akan menggantikan bekas penjaga gol Arsenal, David Ospina sebagai penjaga gol utama pasukan sekiranya menerima tawaran kontrak Al-Nassr.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram