Kelab Singapura Akui Tertawan Dengan Kemampuan Pemain Malaysia
Dunia
Geylang International FC
Advertisements

Geylang International mungkin kecewa selepas tewas berturut-turut dalam kejohanan pra-musim Piala Harapan 2023. Tetapi pada masa sama, ia turut membuka mata jurulatih mereka, Mohd Noor Ali tentang kemampuan pemain-pemain Malaysia.

Atas sebab itu, Noor Ali yang juga bekas pemain kebangsaan Singapura berpandangan sekiranya kelab Singapura itu mempunyai bajet lebih, beliau tidak menolak peluang merekrut pemain Malaysia.

“Buat masa ini, saya tidak rasa pemain Malaysia mahu bermain di Singapore Premier League (Liga Perdana Singapura) kerana perbezaan gaji yang cukup ketara. Mungkin ada satu atau dua kelab yang mampu tapi untuk Geylang, memang kami tidak mampu.

Advertisements

“Tapi kalau pengurusan kelab naikkan bajet saya nanti, pasti saya akan cari seorang dua pemain Malaysia. Saya juga kagum dengan saiz fizikal pemain tempatan dengan pemain Singapura yang kecil.

“Saya pun tak tau pemain Malaysia ni makan apa yang besar sangat (secara berseloroh),” katanya semasa ditemubual portal Harimau Malaya.

Penyertaan Geylang International dalam Piala Harapan 2023 menyaksikan mereka kalah sebanyak dua kali. Mereka tewas kepada Penang 4-0 sebelum tunduk 2-1 di tangan Kedah untuk penentuan tempat ketiga/keempat kejohanan pra-musim itu.

Advertisements

Tetapi bagi Noor Ali, beliau melihat penyertaan Geylang International bukan sekadar mencari keputusan positif. Malah, ia dilihat medan pendedahan terbaik buat para pemain termasuk pemain muda untuk perlawanan berintensiti tinggi.

“Kita datang ke sini bukan untuk cari keputusan tapi untuk memberi pemain-pemain muda kami pengalaman dan merasai sendiri pengalaman bermain dalam permainan yang berintensiti tinggi.

“Di Singapura, kita tidak akan mendapat permainan berintensiti tinggi seperti di Liga Malaysia. Jadi, kami berasa amat berbangga apabila dijemput menyertai kejohanan ini untuk bertemu pasukan gergasi seperti Penang FC dan Kedah Darul Aman FC,” tambahnya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram