Kelantan Bawa Masuk Penjaga Gol Nama Bermula Dengan Ro
Dunia
TRW Kelantan FC
Advertisements

Kelantan FC akan membawa masuk penjaga gol baru bagi memperkuatkan pasukan, sepertimana diumumkan pemilik kelab pantai timur itu, Norizam Tukiman (Zamsaham).

Zamsaham bagaimanapun mahu penyokong berteka-teki terlebih dahulu apabila tidak mendedahkan nama pemain itu, sebaliknya hanya memaklumkan bahawa namanya bermula dengan Ro.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid03GTjjgVkMR7zhhb7s7BtAjUJj5sCbaLdoeUwUwNmkV5Tjgq2sbYdGzj6aoUeDXGql&id=100064793437046&mibextid=Nif5oz

Menjengah ruangan komen, ia dibanjiri dengan tekaan yang lebih kepada sekadar suka-suka dan mencuit hati contohnya Rosmah Mansor, Rosyam Nor, Ronaldo, Roslin Hashim, Roy Kapilla, Roy Azman, Rozita Che Wan dan sebagainya.

Advertisements

Namun, ramai juga penyokong yang cuba untuk memberi jawapan tepat dengan memetik nama beberapa penjaga gol antaranya Rozaimi Rahamat (JDT II) dan Rozaimie Rohim (Sabah).

Ada juga yang membuat andaian Ro yang dimaksudkan Zamsaham adalah huruf dalam bahasa Jawi (iaitu R). Kemungkinan besar teka-teki ini akan terjawab dalam masa terdekat ini memandangkan Kelantan FC akhirnya sudah mula membuat pengumuman pemain baru selepas begitu lama membuat penyokong tertunggu-tunggu.

Pada hakikatnya, sikap keterlaluan The Red Warriors berahsia mengenai kemasukan pemain baru, ternyata kurang disenangi penyokong malah ramai yang mula bosan dengan cara mereka dan sudah ada yang mula membandingkan dengan persiapan Kelantan United yang tampak lebih lancar dan tersusun.

Advertisements

Berita Berkaitan : Penyokong Lebih Teruja Lihat Persiapan Kelantan United Berbanding Kelantan FC

Setakat ini, hanya nama Gerald Gadit telah diumumkan secara rasmi oleh TRW tatkala Zamsaham pula mengumumkan kemasukan Andreas Esswin di facebooknya.

Mereka juga memaklumkan telah melantik ketua jurulatih dan jurulatih kecergasan dari Korea Selatan.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram