Kelantan Cipta Kejutan Tundukkan Skuad Muda Sri Pahang
Liga A1
Sri Pahang FC
Advertisements

Skuad muda Kelantan FA meneruskan momentum kemenangan dalam Kumpulan A Piala Belia 2024 apabila menewaskan Sri Pahang FC 1-0.

Kelantan yang dibimbing Abdul Aziz Mustafa tampak lebih yakin selepas mengejutkan Selangor FC 2-1 pada 4 Mei lalu.

Sementara skuad muda Tok Gajah pula menginginkan kemenangan selepas dua kali kecundang dalam dua perlawanan sebelumnya.

Advertisements

Babak pertama menyaksikan Kelantan memberi tekanan kepada Sri Pahang menerusi tiga peledak mereka, Muhammad Haikal Pauzi, Faris Daniel Sakri dan Wan Muhammad Irfan Wan Zainudin.

Ini memaksa Sri Pahang yang menggunakan formasi 4-5-1 untuk menyerap tekanan yang dikenakan oleh pelawat.

Advertisements

Kelantan perlu menunggu sehingga minit ke-39 untuk mendahului menerusi sepakan penalti Haikal.

Tersentak, Tok Gajah yang dikemudi Hamdan Mohamad berusaha memburu gol penyamaan tetapi keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Advertisements

Bersambung selepas rehat, Sri Pahang memasukkan Hilman Razin Mor Hazail Mor dan Khairul Ikhwan Mohd Ghazali untuk menambah sengat di bahagian serangan.

Perubahan formasi yang digerakkan Hamdan menyaksikan penjaga gol Kelantan, Wan Muhd Afiq Wan Mohd Afandi bekerja keras melindungi gawang pasukan itu.

Advertisements

Situasi ini mendorong Abdul Aziz membuat beberapa pertukaran pemain untuk melindungi kelebihan tipis yang dimiliki Kelantan.

Sri Pahang terus mengasak untuk mendapatkan gol penyamaan tetapi keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan ini menyaksikan Kelantan di tempat keempat Kumpulan A dengan enam mata daripada tiga perlawanan.

Menariknya, mereka berkongsi mata sama dengan pasukan senegeri, Kelantan Darul Naim FC (KDN FC). Walau bagaimanapun, KDN mendahului kerana beraksi kurang satu perlawanan daripada Kelantan.

Sementara Sri Pahang menjadi antara tiga pasukan yang masih belum mendapat sebarang mata dalam Kumpulan A. Selain Tok Gajah, Melaka FA dan Sabah FC juga masih belum mengumpul mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram