Ads
Kelantan DN & 7 Pemain Berpisah Dengan Status Berbeza
Transfer
Kelantan Darul Naim FC

Kelab Pantai Timur, Kelantan DN telah mengambil keputusan untuk melepaskan tujuh tonggak utama dengan status yang berbeza.

Advertisements

Umum mengetahui bahawa jendela perpindahan kedua telah pun berakhir pada 22 September yang lalu dengan beberapa pasukan giat melakukan urusan jual beli pemain termasuklah Kelantan DN.

Advertisements

Seramai lapan orang pemain terdiri daripada 3 pemain import dan lima pemain tempatan telah direkrut bagi memperkuat pasukan kendalian Park Jae-hong ini untuk baki saingan liga.

Advertisements
Advertisements

Di sebalik penambahan pemain ini, tujuh pemain terpaksa mengucapkan selamat tinggal setelah Kelantan mengambil keputusan untuk melepaskan mereka dengan status yang berbeza.

Empat pemain import iaitu Chadrack Muzungu, Valdumar Te, David Ribera dan Jung Byung-ju meninggalkan pasukan atas persetujuan bersama untuk menamatkan kontrak masing-masing

Advertisements

Manakala 3 pemain tempatan iaitu Muhaimin Mohamad dan Faizal Talib dilepaskan secara pinjaman kepada kelab Liga Super dan Liga A1 manakala Wan Fazli berpindah ke Bunga Raya Damansara.

Kelantan DN kini berada di tangga tercorot Liga Super bakal berkunjung ke Paroi untuk berdepan Negeri Sembilan pada Jumaat dalam misi untuk bangkit memperbaiki kedudukan.

Advertisements

Berita gembira buat skuad Kijang Emas apabila dua tonggak import, Oday Kharoub dan Michal Jerabek akan kembali memperkuat pasukan setelah disisihkan ketika bertemu JDT.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram