Kelantan DN Kini Digelar The Real Warrior
MakanBola
Kelantan Darul Naim FC

Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) tidak lagi menggunakan nama jolokan Sang Kijang Emas.

Ini kerana pasukan itu akan menggunakan The Real Warrior sebagai nama gelaran baharunya. Perkara ini diumumkan pengurusan Kelantan DN dalam satu kenyataan.

“Satu halaman baru dibuka! Inilah The Real Warrior bersedia di medan digital baru,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Penggunaan nama baharu ini dilihat seiring dengan perubahan pengurusan baharu Kelantan DN, Kijang Handal Sdn. Bhd.

Sebelum ini, Kelantan DN dikenali dengan jolokan Sang Kijang Hijau semasa kelab itu menggunakan nama Kelantan United FC.

Nama tersebut kemudiannya ditukar pada musim 2024/25 kepada Kelantan DN. Perubahan tersebut turut menyaksikan nama jolokan kelab berubah kepada Sang Kijang Emas.

Selain Kelantan United, kelab itu juga pernah menggunakan Kelab Bola Sepak Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam Urusetia Belia dan Sukan Negeri Kelantan (MPKB-BRI Ubes FC).