Advertising
Kelantan RW Sedia Terima Luqman Hakim
MakanBola
YSCC/KRW

Presiden Kelantan Red Warrior (KRW), Nik Hafiz Nik Hassan terbuka untuk membawa masuk penyerang muda Malaysia, Luqman Hakim ke pasukannya itu..

Nama Luqman Hakim menjadi bualan hangat dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan apabila penyerang Kelantan itu dilaporkan akan pulang ke tanah air setelah tamat kontrak pada Mei ini.

Ad

Luqman sebelum ini berkelana ke luar negara selama 5 tahun bersama KV Kortrijk di Belgium selain sempat dipinjamkan ke pasukan lain seperti Njardvik (Iceland) serta Yokohama SCC (Jepun).

Ad

Ahli Lembaga Pengarah Bukan Eksekutif KV Kortrijk, Amin Fuad turut memberi bayangan bahawa proses perpindahan penyerang Malaysia B-23 itu ke Malaysia telah pun selesai.

“Sudah selesai,” ujarnya menerusi satu ciapan di laman X.

Ad

Sejak itu, khabar angin bertiup kencang mengenai beberapa pasukan di Liga Super yang berminat mendapatkan khidmat Luqman bagi menghadapi saingan Liga Malaysia pada musim hadapan.

Ad

Perkara ini turut menarik minat salah satu kelab dari Pantai Timur, Kelantan RW yang dimaklumkan oleh Presiden, Nik Hafiz mengenai keterbukaan beliau bagi menerima Luqman Hakim.

Ad

Kata Nik Hafiz, pasukan Kelantan RW bersedia menerima kehadiran Luqman Hakim sekiranya penyerang berusia 23 tahun itu mahu kembali beraksi di kampung halaman beliau.

”KRW berminat menerima Luqman Hakim andai beliau ingin kembali bermain di kampung halaman di Kelantan,” kata Nik Hafiz kepada MakanBola.

Nik Hafiz dan Kelantan RW ketika ini sedang giat melakukan persiapan rapi bagi membentuk pasukan di bawah kendalian Irfan Bakti Abd Salim menjelang saingan musim hadapan.

Kelantan RW juga sedang menunggu maklum balas dari pihak Amateur Football League (AFL) berkenaan hasrat untuk beraksi di Liga A1 Semi Pro musim hadapan.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments