Kelantan Sambar  Import Elit, Miliki Kaps Bersama Pasukan Kebangsaan
Dunia
NSTP
Advertisements

Kelantan FC membuat persediaan rapi apabila dilaporkan menyalin semula pemain import sedia ada dengan muka baharu bagi musim 2023.

Perseembahan kurang memberangsangkan pemain import musim ini menyaksikan pemiliknya, Norizam Tukiman hanya mengekalkan seorang pemain import iaitu Kervens Belfort.

Beliau juga turut memanggil semula pemain sayap lincah, Nathanael Siringoringo bagi menajamkan lagi jentera serangan pasukan.

Advertisements

Walau bagaimanapun, menerusi satu kenyataan oleh Zamsaham, beliau menaklumkan bahawa akan ada pemain import yang lebih baik akan dibawa masuk.

Beliau memberi gambaran bahawa pemain tersebut pernah memiliki kaps bersama pasukan kebangsaan masing-masing akan mewakili Kelantan musim hadapan.

Sebelum ini, Zamsaham pernah mengakui akan ada usaha untuk mendapatkan pemain import berkualiti dari negara jiran seperti Indonesia dan Thailand dengan harga yang lebih rendah.

Advertisements

Setakat ini, masih belum ada pengumuman rasmi tentang mana-mana muka baharu yang akan dibawa masuk.

Kelantan serius mahu memantapkan lagi jentera pasukan untuk terus memberikan cabaran di pentas Liga Super 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram