Kelantan United Sah Sambar Dua Bekas Bintang Skuad Kebangsaan
Dunia
Arena Metro
Advertisements

Bekas pemain kebangsaan, Indra Putra Mahyuddin membuat ‘comeback’ ke Kota Bharu apabila diikat pasukan Kelantan United bagi mengharungi saingan musim 2023.

Meskipun menginjak usia 42 tahun, Indra Putra masih ada ‘wow-factor’ dan Kelantan United yakin pengalaman luas pemain veteran itu dapat membantu kelab itu memberi saingan dalam kancah Liga Super berformat baru.

“Pengalaman yang ada padanya ditagih Kelantan United FC. Mungkin tidak segagah dulu tetapi Indra Putra Mahayuddin menyahut cabaran untuk membantu pasukan bersaing di Liga Super Malaysia musim ini.

Advertisements

“Pihak pengurusan Kelantan United FC menaruh keyakinan tinggi pemain berpengalaman ini akan dapat memberikan sesuatu kepada kelab dan pasukan pada musim 2023,” menurut kenyataan kelab itu.

Indra Putra adalah antara nama yang cukup popular dan ikonik dalam kalangan penyokong di Kelantan, dia pernah tiga kali menyarung jersi Kelantan FC dan merupakan tonggak pasukan itu menjulang treble pada 2012.

Pemenang kasut emas edisi sulung Liga Super pada 2014 bersama Pahang itu juga pernah menyarung jersi Selangor, T-Team, Felda United dan Kuala Lumpur sebelum kembali menabur bakti di negeri kelahirannya Perak pada musim lalu.

Advertisements

Selain Indra Putra, skuad dengan gelaran kijang hijau itu turut mengumumkan kemasukan seorang lagi bekas pemain kebangsaan, Syazwan Zainon.

Pemain sayap berusia 34 tahun itu bukan sahaja ditagih khidmatnya bagi meningkatkan prestasi kelab semata-mata, tetapi dia diharap akan menjadi ikon buat pemain muda.

“Buat Syazwan Zainon, kepercayaan pengurusan kelab kepada anda seperti kepercayaan anda kepada Kelantan United FC. Semoga kehadiran anda memberikan impak maksima dalam perjuangan musim pertama kami dalam saingan Liga Super.”

Advertisements

Syazwan pernah mewakili beberapa pasukan dalam Liga Malaysia antaranya Felda United, Johor FC dan Selangor namun namanya melonjak ketika dia menyarung jersi Kedah sebanyak dua kali; yang pertama dari 2014 hingga 2018 manakala yang kedua selama dua musim pada 2021 dan 2022.

Kemasukan dua pemain berpengalaman ini memberi gambaran awal betapa Kelantan United serius mahu memberi tentangan dan tidak mahu cabaran mereka dipandang enteng.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram