Kelayakan Piala Asia 2023: Bahrain Tewaskan Malaysia Di Bukit Jalil
Dunia
Khairul/MakanBola
Advertisements

Malaysia meneruskan perjuangan yang kedua dengan kekalahan selepas ditewaskan pasukan Bahrain 2-1 dalam kempen Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023, di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Perlawanan bermula dengan baik apabila barisan serangan Malaysia yang dilihat terus memberi tekanan kepada pertahanan Bahrain menerusi sepakan-sepakan berkualiti terus ke gawang gol lawan.

Meletakkan sasaran tiga mata, Malaysia berjaya mencari peluang menerusi percubaan Junior Eldstal hasil hantaran kemas Khuzaimie Pie pada minit ketiga namun sedikit tersasar daripada gawang gol Bahrin.

Advertisements

Pada minit ke-30, Akhyar Rashid hampir menjadi penjaring gol pembukaan buat Malaysia selepas sepakan kaki kiri menerusi hantaran kemas pemain tengah berjaya diselamatkan penjaga gol Bahrain.

Separuh masa pertama tamat dengan keputusan seri Malaysia 0-0 Bahrain.

Bersambung babak kedua, para pemain terus menggandakan usaha menerusi gerakan di bahagian sayap negara.

Advertisements

Corak permainan pantas dan serangan balas disajikan Harimau Malaya berjaya memberi tekanan buat lawan yang dilihat lebih banyak bertahan dan berkampung dikawasan sendiri.

Pada minit ke-54 Sumareh membuka tirai jaringan buat Malaysia menerusi hantaran kemas Khuzaimi Pie yang mengelirukan pertahanan Bahrain.

Selang tiga minit, pertahanan Malaysia telah melakukan sedikit kesilapan apabila Bahrain berjaya menyamakan kedudukan hasil sepakan daripada Ali Haram.

Advertisements

Kedua-dua pasukan saling membalas serangan yang menyaksikan tugas penjaga gol negara, Farizal Marlias semakin sukar.

Bagaimanapun, pada minit ke-80 kesilapan yang dilihat tidak disengajakan daripada Farizal Marlias membuatkan Bahrain menggandakan jaringan yang kedua menerusi sepakan penalti Abdullah. Jaringan itu sekaligus memastikan Bahrain mengatasi Malaysia dalam perlawanan malam ini.

Perlawanan tamat Malaysia 1-2 Bahrain.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram