Kelayakan Piala Asia 2023: Bahrain Tundukkan Turkmenistan
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Aksi saingan Kumpulan E hari ini bermula dengan pertembungan antara pasukan Bahrain dan Turkmenistan. Ini merupakan perlawanan terakhir bagi melengkapkan saingan kumpulan E di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pasukan Bahrain yang kini sedang mengungguli kedudukan carta Kumpulan E semestinya mahu bermati-matian menamatkan cabaran sebagai juara kumpulan sementara Turkmenistan pastinya akan cuba mencuri mata untuk meraih slot ke Piala Asia 2023.

Perlawanan bermula dengan baik apabila pasukan yang berada di kedudukan ke-89 itu dilihat tidak membuang masa dengan menekan barisan pertahanan lawan sehingga pemain pertahanan Turkmenistan melakukan kesilapan pada babak awal permainan dengan mengasari penyerang Bahrain.

Advertisements

Tindakan tersebut telah dikesan pengadil sekaligus menghadiahkan sepakan penalti buat Bahrain dan dengan mudah disempurnakan oleh Abdulla Yusuf Helal untuk gol pertama kemenangan Bahrain.

Memasuki babak kedua, Bahrian terus melancarkan serangan bagi menambahkan jaringan namun Turkmenistan kental bertahan untuk memastikan gawang mereka tidak dibocori lagi sehinggalah tamat perlawanan.

Walau bagaimanapun, kedudukan ini kekal sehingga wisel penamat dibunyikan sekaligus memastikan 3 mata penuh milik Bahrain yang turut layak ke pusingan akhir Piala Asia 2023.

Advertisements

Perlawanan tamat Bahrain 1-0 Turkmenistan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram