Kelayakan Piala Asia 2023: Bangladesh Beri Tentangan Hebat Kepada Turkmenistan
Dunia
Flash Sukan
Advertisements

Pasukan di ranking ke 188 dunia, Bangladesh memastikan Turkmenistan terpaksa berpeluh sebelum menunddukan lawan dengan keputusan 2-1 dalam perlawanan kedua bagi kumpulan e kempen Kelayakan Piala Asia 2023, di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Perlawanan bermula dengan cukup baik apabila Annadurdyyev Altymyrat membuka tirai jaringan buat Turkmenistan pada minit ke-7 permainan selepas berjaya membuat sepakan cantik susulan sepakan penjuru Halmammedov Rovshengeldi.

Selang empat minit, usaha yang tidak berbelah bahagi Bangladesh membuahkan hasil apabila serangan balas pantas dari Mohammad Ibrahim telah berjaya menyamakan kedudukan menerusi tandukan kemas pada minit ke-11.

Advertisements

Corak permainan yang diperagakan Bangladesh cukup bahaya apabila barisan serangannya memberi tekanan yang tinggi untuk membolosi gawang Turkmenistan dan separuh masa pertama tamat dengan keputusan Bangladesh 1-1 Turkmenistan.

Babak kedua menyaksikan Turkmenistan lebih mendominasi permainan dan terus melancarkan serangan bagi menambahkan jaringan namun Bangladesh kental bertahan untuk memastikan gawang mereka tidak dibocori lagi sehinggalah tamat perlawanan.

Bagaimanapun, kekentalan barisan pertahanan Bangladesh tidak kekal lama apabila pada minit ke-77 permainan, penyerang Turkmenistan menjaringkan gol kedua buat pasukan. Jaringan itu sekaligus memastikan Turkmenistan mengatasi Bangladesh dalam perlawnan ini.

Advertisements

Perlawanan tamat, Turkmenistan 2-1 Bangladesh.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram