Kelayakan Piala Asia 2023: Indonesia Tewas Kepada Jordan
Asia
PSSI
Advertisements

Jordan semakin hampir untuk memastikan penampilan keempat berturut-turut dalam Piala Asia selepas menewaskan Indonesia 1-0 pada Hari Perlawanan Kedua Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 Kumpulan A awal pagi tadi.

Kemenangan ini membawa Jordan ke tangga teratas kumpulan dengan enam mata, setelah menewaskan Nepal 2-0 dalam perlawanan sebelumnya, manakala Indonesia berada di tangga ke-2 kumpulan dengan tiga mata.

Peluang terbesar pada separuh masa pertama menjadi milik Jordan iaitu 10 minit sebelum rehat apabila Ehsan Haddad mengawal hantaran jauh di sebelah kanan dan merembat bola yang melantun tetapi penjaga gol Nadeo Argawinata melakukan penyelamatan yang baik untuk menafikannya.

Advertisements

Jordan memulakan separuh masa kedua dengan baik dan pada minit ke-49 mereka telah mendahului selepas Noor Al Rawabdeh menghantar bola kepada Mousa Al Taamari yang dengan mudah merembat masuk ketika Nadeo sudah tertewas di gawang Indonesia.

Dengan kemenangan ini, Jordan kini memerlukan satu mata sahaja menentang tuan rumah Kumpulan A, Kuwait untuk memastikan tempat teratas dalam kumpulan, manakala Indonesia wajib menewaskan Nepal untuk menghidupkan peluang mara ke Piala Asia 2023 sebagai lima pasukan terbaik selaku naib juara kumpulan.

https://www.youtube.com/watch?v=RV_Weu51W8c
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram