Ads
Asia
AFC

Pasukan bola sepak Indonesia berjaya menamatkan kemarau 15 tahun dan layak ke Piala Asia 2023 selepas menewaskan Nepal 7-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Jaber Al Ahmad. Kuwait awal pagi tadi.

Advertisements

Gol-gol Indonesia dijaringkan oleh Dimas Drajad, Witan Sulaeman, Fachruddin Aryanto, Saddil Ramdani, Elkan Baggott dan Marselino Ferdinan.

Advertisements

Indonesia memulakan perlawanan dengan baik sekali apabila mendahului seawal minit ke-6 permainan melalui tandukan Dimas Drajad.

Advertisements

Advertisements

Indonesia terus bernafsu untuk menambah jaringan dengan beberapa siri serangan dan hasilnya Witan Sulaeman berjaya menggandakan kedudukan pada minit ke-43 setelah menyudahkan hantaran dari Asnawi Mangkualam. Separuh masa pertama tamat dengan Indonesia mendahului 2-0.

Bersambung babak kedua, Indonesia dilihat semakin agresif dalam memburu gol. Dua gol dalam dua minit telah berlaku iaitu gol daripada Fachruddin Aryanto pada minit ke-54 dan gol kelima Indonesia dijaringkan oleh Sadddil Ramdani pada minit ke-55.

Advertisements

Mendahului 5-0, serangan Indonesia tidak terhenti di situ apabila terus menekan Nepal. Memasuki 10 minit terakhir perlawanan Indonesia berjaya menambah dua lagi jaringan iaitu melalui Elkan Baggott pada minit ke-80 dan gol ketujuh Indonesia dijaringkan oleh Marselino Ferdinan pada minit ke-90.

Advertisements

Kemenangan besar 7-0 ke atas Nepal ini sekaligus melayakkan Indonesia ke Piala Asia 2023 secara merit. Ini bermakna empat negara Asia Tenggara iaitu Vietnam, Thailand, Indonesia dan Malaysia akan beraksi di pentas berprestij Asia itu.

https://www.youtube.com/watch?v=v1I5a37DfQQ

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram