Kelayakan Piala Asia B-17: Malaysia Diikat Guam
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Pasukan bawah 17 tahun negara melepaskan peluang berharga untuk mengutip 3 mata hari ini apabila terikat 1-1 dengan Guam dalam Kelayakan Piala Asia Bawah 17 Tahun.

Anak didik Osmera Omaro turun dengan motivasi terbaik untuk terus memperagakan aksi terbaik pada saingan kelayakan kali ini.

Kedua-dua pasukan bermula agak perlahan pada awal babak pertama namun mula mendapat rentak untuk menguji gawang lawan masing-masing.

Advertisements

Malaysia jelas gagal menampilkan aksi sebenar pada separuh masa pertama apabila terikat 0-0 dengan Guam yang turut memiliki beberapa peluang.

Bersambung babak kedua, percaturan Osmera yang melakukan beberapa pertukaran masih tidak dapat menyekat kemaraan Guam untuk memberikan aksi terbaik.

Saat yang dinantikan tiba apabila pemain gantian, Qahir Dzakirin meledak gol pembukaan perlawanan pada miit ke-73.

Advertisements

Guam sempat mencuri satu mata berharga apabila jaringan Riku Ngeschekle Meyar pada minit ke-84 memastikan mereka tidak pulang dengan tangan kosong.

Malaysia kini mengumpul 4 mata selepas 2 perlawanan dan bakal berdepan Emeriah Arab Bersatu (UAE) dalam aksi ketiga di Stadium Pakansari, Bogor, Jumaat ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram