Kelibat Akram Mahinan Pacu Jentera Tengah Dirindui
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Ketiadaan pemain tengah pasukan Kuala Lumpur City FC, Akram Mahinan dalam skuad negara meninggalkan kesan yang cukup besar sekaligus menyaksikan Malaysia terpaksa menghentikan cabaran dalam saingan Piala AFF kali ini di peringkat kumpulan.

Sebelum itu, pasukan negara disahkan tidak dapat menggunakan khidmat dua orang pemain tengah juara Piala Malaysia ini, Kenny Pallraj dan juga Akram setelah disahkan mengalami kecederaan dalam pertemuan dengan JDT.

Oleh yang demikian, pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe terpaksa menggunakan khidmat pemain tengah yang sangat terhad iaitu Baddrol Bakhtiar dan juga Mukhairi Ajmal selain nama-nama seperti Junior Eldstal dan Syafiq Ahmad diberi kepercayaan untuk menggalas tugas tersebut.

Advertisements

Sungguhpun Malaysia memenangi dua perlawanan awal menentang Kemboja dan juga Laos, tetapi ketempangan tersebut mula terserlah ketika menentang Vietnam dan Indonesia yang menyaksikan Harimau Malaya ditunjukkan jalan keluar.

Ketiadaan Akram yang menjadi nadi jentera tengah pasukan KL selain pernah menjadi sebahagian daripada skuad final pada edisi sebelum ini amat dirindui ketika kerisauan yang pernah disuarakan oleh Shahrom Kalam mengenai ketiadaan pemain di posisi no.6 jelas menjadi satu kehilangan besar dalam kejohanan kali ini.

Menurut satu maklum balas yang diterima Makanbola di hantaran undian yang dilakukan di Telegram, dapatan menunjukkan rata-rata penyokong amat menginginkan Akram untuk membarisi kesebelasan utama pasukan selain percaya bahawa beliau merupakan aset penting buat pasukan kebangsaan.

Advertisements

Ini menunjukkan bahawa beliau masih menjadi harapan para penyokong untuk memacu perjuangan negara bagi menutup kehampaan kempen kali ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram