Kelibat Ilhan Fandi Nadi Kemenjadian Albirex Niigata
Dunia
Sg Premier League
Advertisements

Penyerang muda Singapura, Ilhan Fandi Ahmad terus membuktikan ketajaman penyudahnya apabila beliau membantu pasukan Albirex Niigata mengatasi Tampines Rovers. 

Ilhan telah turun membarisi kesebelasan utama pasukan apabila diberikan kepercayaaan oleh pengendali Albirex Niigata, Yoshinaga Kazuaki untuk bergandingan bersama Tanaka Kodai di bahagian serangan. 

Anak kepada lagenda Singapura, Fandi Ahmad ini berjaya menjaringkan satu gol dalam perlawanan semalam. 

Advertisements

Pada minit ke-59 permainan, Ilhan berjaya meloloskan diri daripada perangkap offside yang dilakukan pertahanan lawan. Beliau kemudiannya menyempurnakan hantaran daripada rakam sepasukan dengan satu ledakan cantik menewaskan penjaga gol Tampines Rovers, Syazwan Buhari.

Sejak Ilhan membuat penampilan sulungnya di Albirex Niigata ketika kemenangan besar, 8-2 ke atas Geylang International tempoh hari, bekas pemain Young Lions ini telah menjaringkan tiga gol dalam empat perlawanan saingan liga.

Ledakan Ilhan pada semalam telah membantu Albirex Niigata mengutip tiga mata penuh menewaskan Tampines Rovers, 4-3.

Advertisements

Konsistensi serta prestasi membanggakan pemain berusia 18 tahun ini pastinya bakal menjadi prospek terbaik pasukan menjelang aksi seterusnya. Albirex Niigata bakal berdepan pasukan Tanjong Pagar pada Jumaat, 8 Julai kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram