Advertising
Kelibat Izham Tarmizi Dikesan Di Padang Terengganu
MakanBola
Johor Southern Tigers

Penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Izham Tarmizi Roslan dikatakan bakal kembali ke pasukan gergasi selatan itu selepas satu musim dipinjamkan ke Sri Pahang pada musim 2023.

Namun begitu, kelibat Izham masih tidak dapat dilihat bersama pasukan utama JDT yang telah melalui aksi pra-musim di Sepanyol dari 14 April sehingga 30 April.

Baru-baru ini, telah tular satu foto di laman X yang memaparkan kelibat Izham bersama barisan pemilihan Akademi JDT dalam satu sesi pemilihan di Terengganu yang diketuai Ketua Unit Pencarian Bakat & Pembangunan Belia JDT, Diego Griffa.

Ad

Difahamkan Izham berada di Padang Sekolah Pusat Cabang Tiga, Kuala Terengganu bagi Program Pencarian Bakat Muda Akademi JDT khas untuk anak kelahiran Terengganu. Program yang diadakan pada 26 April itu mendapat sambutan yang hangat selepas dihadiri ribuan anak-anak muda berbakat besar Terengganu.

Ad

Terdahulu, Izham disahkan meninggalkan Sri Pahang selepas satu musim bersama skuad Tok Gajah melalui perjanjian pinjaman dari JDT.

Ad
Ad

Pada musim lalu, Izham menampilkan aksi terbaik bersama Sri Pahang. Penjaga gol berusia 33 tahun itu telah diturunkan dalam 19 perlawanan dalam kesemua pertandingan yang disertai Sri Pahang serta merekodkan 5 clean sheet.

Ad