Kelincahan Faisal Halim Kunci Keangkuhan Terengganu FC
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Pemain bertubuh kecil, Mohd Faisal Halim berjaya membantu Terengganu FC mencatat kemenangan kedua dalam saingan Piala Malaysia tempoh hari. Aksi cemerlang pasukan Terengganu FC dalam perlawanan itu menatijahkan kemenangan 2-1 keatas Selangor FC.

Dalam perlawanan tersebut, Faisal banyak melakukan larian-larian pantas ketika mengasak kubu lawan. Bermain di posisi sayap, Faisal dilihat cukup selesa setiap kali mengawal bola di kaki. Kelajuan yang ada pada pemain muda ini sekali sekala telah mengucar-kacirkan pertahanan Selangor FC.

Pemain kelahiran Pulau Pinang ini acap kali hadir dengan idea-idea bernasnya apabila melakukan hantaran-hantaran cantik untuk memudahkan rakan sepasukannya melakukan percubaan. Percaturan Nafuzi Zain yang mempertaruhkan Jordan Mintah di bahagian hadapan jelas membuahkan hasil kerana banyak percubaan-percubaan tepat yang berjaya dilakukan.

Advertisements

Bekas pemain pasukan Pahang ini juga berjaya memperagakan aksi yang cukup meyakinkan setelah menjadi nadi kepada rembatan kencang Dechi Marcel yang akhirnya mengegar jaring. Walaupun rancak diasak, Terengganu FC konsisten dalam mengatur gerakan. Gol pertama perlawanan terhasil melalui build-up cantik Faisal dan Dechi pada minit ke-22 permainan.

Prospek muda ini sekali lagi menjadi ayam tambatan pasukan apabila keadaan kucar kacir di bahagian pertahanan Selangor FC telah membuka ruang buat Lee Tuck menjaringkan gol kedua Terengganu FC. Larian pantas dan kelincahan Faisal Halim sekali lagi telah menghukum pasukan pelawat.

Setakat ini, Faisal berjaya menjaringkan 1 gol dan dua bantuan gol dalam kempen Piala Malaysia 2021. Pemain berusia 23 tahun ini juga cemerlang pada siri Liga Super tempoh hari setelah meledak 4 jarigan gol dan mencatat sebanyak 49 larian progresif. Menurut analisa daripada Semuanya Analisis, Faisal berjaya mencipta 26 peluang, 29 percubaan, 13 On Target serta 673 hantaran.

Advertisements

Pemain yang menjadi watak penting dalam kemenjadian barisan serangan pasukan Terengganu ini akan bersama skuad kebangsaan bagi dua aksi persahabatan menentang Jordan dan Uzbekistan kelak. Aksi licik pemain ini dibawah kendalian Tan Cheng Hoe semestinya dinanti-nantikan peminat bola sepak tempatan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram