Kemajuan Dion Cools Di Thailand Legakan Kim Pan-gon
Harimau Malaya
Khairul / MakanBola
Advertisements

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon memberi komen jujur mengenai perpindahan pertahanan tengah negara, Dion Cools yang sudah pun melengkapkan perpindahan ke Thailand bersama Buriram United.

Bekas bintang Club Brugge di Belgium ini telah pun melengkapkan perpindahan ke kelab gergasi Thailand tersebut awal tahun ini sekaligus menafikan spekulasi beliau akan kembali ke Malaysia.

Namun begitu, berdasarkan lawatan Pan-gon ke Thailand baru-baru ini, beliau menyatakan rasa gembira terhadap kemajuan yang ditonjolkan oleh pemain berusia 26 tahun itu di sana.

Advertisements

“Dion Cools gembira apabila saya dapat bertemunya malah beliau menunjukkan aksi yang baik bersama dengan pasukan yang berada di tangga teratas liga tersebut.”

“Mereka (Buriram United) ada ramai pemain yang bagus dan pasukannya mendominasi permainan dan suasana bola sepak yang baik serta stadium juga cantik. Saya lihat dia gembira di sana sebagai pemain yang menjadi perhatian, dia sedar kehadiran ramai pemain bagus akan dapat wujudkan persaingan.”

Advertisements

Malah, pengendali berusia 53 tahun itu berpuas hati dengan pemain yang sudah dua kali dinobatkan selaku pemain terbaik di Liga Thailand tersebut sebanyak dua kali.

“Saya amat gembira melihat perkembangannya, dan selaku ketua pasukan (pasukan Malaysia) dia mempunyai sikap tangungjawab yang baik,” kata jurulatih dari Korea Selatan itu.

Advertisements

Cools dijangka akan terus memacu cabaran pasukan terutamanya apabila Malaysia bakal menghadapi beberapa siri perlawanan persahabatan bulan Mac ini di Stadium Sultan Ibrahim.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram