“Kemasukan Sharul Nazeem Bukan Sebab Taktikal” – Kim Pan-gon
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon akhirnya menjelaskan sebab membawa masuk pertahanan Selangor, Shahrul Nazeem untuk beraksi pada posisi tengah menentang Tajikistan.

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu menegaskan bahawa keputusan itu dilakukan bukan disebabkan oleh percaturan taktikal pasukan.

Menentang lawan yang berada pada kedudukan yang lebih baik, beliau mahu membawa elemen fizikal yang lebih bagi menentang skuad kendalian Petar Segrt yang memiliki fizikal yang lebih baik.

Advertisements

Katanya, pemain berusia 23 tahun itu mampu menyaingi susuk tubuh lawan yang kerap kali memanfaatkan peluang menentang Harimau Malaya.

“Keputusan memasukkan Shahrul Nazeem pada posisi tengah bukan disebabkan taktikal.”

“Saya perlu meletakkan pemain yang memiliki fizikal yang baik walaupun memang ada pilihan (Mukhairi dan Zhafri) turut berada pada bangku simpanan,” jelasnya kepada MakanBola.

Advertisements

Shahrul masuk menggantikan Darren Lok yang mengalami kecederaan untuk mengemudi jentera tengah sehingga wisel penamat yang menyaksikan perlawanan diheret ke penentuan penalti.

Beliau juga mengakui bahawa ketiadaan Azam Azih pada perlawanan ini menyebabkan percaturan teliti perlu dilakukan bagi mewujudkan keseimbangan di atas padang.

Sungguhpun Malaysia tewas menerusi sepakan penalti, persembahan skuad negara mendapat pujian oleh lawan yang merasai saingan sengit diberikan oleh mereka sejak wisel dibunyikan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram