Piala Malaysia
JST
Advertisements

Sekian lama menanti untuk menyaksikan aksi pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Syamer Kutty Abba yang dihimpit dengan masalah kecederaan. Kini, penyokong JDT boleh menarik nafas lega selepas kelibat Syamer sudah mula kelihatan.

Baru-baru ini, pihak JDT telah memuatnaik foto-foto latihan skuad kendalian Esteban Solari dan foto Syamer menjadi tumpuan ramai.

Rata-rata penyokong meluahkan rasa gembira melihat Syamer kembali ke sesi latihan menjelang aksi final Piala Malaysia 2023 menentang Terengganu FC pada Jumaat ini.

Advertisements

Melalui tinjauan di ruangan komen instagram Johor Southern Tigers, ramai yang meninggalkan komen dengan memberikan kata-kata semangat kepada Syamer untuk kembali bangkit dan seterusnya dapat menyarung jersi kebangsaan di Piala Asia Januari tahun hadapan.

syamer Kemunculan Syamer Kutty Cetus Keterujaan Penyokong
Kredit foto: Instagram JST

Biarpun dilanda kecederaan, Syamer mengalami peningkatan dari segi peluang beraksi di JDT berbanding musim lalu. Musim ini, Syamer telah diturunkan dalam 14 perlawanan bersama JDT dalam semua pertandingan.

Advertisements

Jumlah perlawanan yang dilalui Syamer musim ini jauh berbeza dengan apa yang beliau perolehi musim lalu dengan hanya beraksi lima perlawanan sahaja.

Kemampuan beraksi di pelbagai posisi menjadikan Syamer merupakan salah seorang pemain yang versatil di JDT. Selain beraksi di posisi tengah bertahan, beliau juga mampu beraksi di posisi pertahanan tengah dan boleh beroperasi di bahagian tengah menyerang.

Advertisements

Kemunculan semula Syamer ini sudah tentu sedikit sebanyak melegakan para penyokong Harimau Malaya yang menunggu aksi Syamer bersama pemain-pemain lain di Piala Asia tahun hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram