Kenaikan Harga Tiket Akan Bantu Kedah
Liga Super
KDA FC
Advertisements

Bermula aksi pra musim dan musim baharu Liga Super 2024/2025, harga tiket untuk menyaksikan perlawanan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium Darul Aman akan dinaikkan sebanyak RM5.

Pengumuman kenaikan harga tiket itu telah dikongsikan oleh Pemilik Majoriti KDA FC, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar dalam satu sidang media sebentar tadi.

Kenaikan harga tiket ini juga dijangka akan membantu kewangan pasukan Kedah dalam menghadapi saingan Liga Super musim baharu ini.

Advertisements

“Pihak pengurusan KDA FC memutuskan kenaikan harga tiket yang bermula mulai perlawanan pra-musim untuk membantu kewangan KDA FC. Walaupun amaun yang dinaikkan bukanlah sekali ganda tetapi sedikit sebanyak dapat membantu kelab menstabilkan kos operasi setiap masa.

“Tiket bagi musim 2024/25 akan dinaikkan sebanyak RM5 setiap tiket iaitu RM20 bagi zon Terbuka, RM30 zon Pavilion dan RM40 zon Grandstand,” umum Tan Sri Dr. Daud Bakar sebentar tadi.

Ianya berbeza jika para penyokong mendapatkan pas bemusim kerana selepas dibuat pengiraan, situasinya lebih menjimatkan.

Advertisements

Harga tiket untuk zon terbuka adalah RM20 untuk satu perlawanan dan jika dijumlahkan untuk 12 perlawanan, harga keseluruhan adalah bersamaan RM240. Namun jika penyokong membeli pas bermusim, mereka hanya perlu membayar RM150 sahaja untuk zon terbuka.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram